LAWATAN MENYOKONG PASUKAN ROBOTIK SMK CONVENT KE PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


LAWATAN MENYOKONG PASUKAN ROBOTIK SMK CONVENT KE PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Pelajar yang berminat, sila hantar nama kepada Saudari Feline 4ST atau emailkan kepada saya SEGERA.

Butiran lawatan :
Tarikh : 29 september 2011 (khamis)
Masa bertolak : 7.30 pagi-10 malam
Tempat : Pusat Sains Negara

Bayaran : RM 40
www.cikguhairul.edu.my
cikgu.hairul@yahoo.com

Sunday 2 October 2011

TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK SMK CONVENT

tahniah. smk Convent telah berjaya mendapat tempat ke enam di peringkat kebangsaan. walaupun belum berpeluang mewakili negara ke Abu Dhabi, namun prestasi yang memberansangkan ini merupakan sesuatui yang amat membanggakan.

Monday 15 August 2011

Pelajar Cipta Sistem Keselamatan Kenderaan Melalui SMS

Pelajar Cipta Sistem Keselamatan Kenderaan Melalui SMS
[Ruangan Pendidinan : Utusan Malaysia]

PULAU PINANG 22 Mei – Tiga pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mencipta sistem keselamatan canggih yang berupaya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik kereta apabila kenderaannya diceroboh.

Alat yang dikenali sebagai Sistem Interaktif Pintar Kenderaan (ISVS) ini direka dan dibangunkan oleh Abdul Aziz Abdul Mutalib, Choo Kok Yang dan Ang Teik Boon dengan kos kira-kira RM1,100 sahaja.

Menurut Abdul Aziz, pemilik kereta yang mempunyai sistem tersebut mampu mengelak kenderaan mereka dicuri kerana rekaan itu membolehkan pemilik mengetahui setiap pergerakan kenderaan.

Tambahnya, sistem tersebut yang disambung dengan telefon bimbit juga agak berlainan dengan sistem penggera sedia ada yang dipasang dikebanyakan kereta pada masa ini kerana ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi apabila diceroboh.

"Sebaliknya ia secara automatik akan menghantar SMS kepada pemiliknya memberi tahu "door opened" apabila seseorang yang bukan pemilik kereta membuka pintu kenderaan tersebut.

"Pemilik kemudiannya boleh menghantar SMS "lock the door" kepada kenderaan tersebut untuk "mengunci" kesemua pintu dan ia secara automatik akan mematikan semua sistem kereta. Walaupun orang tersebut ada kunci pendua, kereta tersebut tidak akan berjaya dihidupkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa membuat demonstrasi keberkesanan sistem ISVS dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Sebanyak 12 institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan 300 pelajar menyertai pertandingan yang terbahagi kepada enam kategori bermula Ahad lalu.

Menurut Abdul Aziz, sistem itu direka bersama kad ID pemilik yang antara lain digunakan untuk menghidupkan kereta tersebut selain kunci kereta.

"Selain ciri-ciri tersebut, sistem ini turut direka dengan sistem maklumat bersuara yang akan memaklumkan kepada pemandu jika terdapat pintu yang tidak tertutup rapat atau tali pinggang tidak dipakai.

Penghasilan robot angklung


SK St. John 1 ke Pertandingan Robotik Kebangsaan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Penghasilan robot angklung yang boleh memainkan lima not muzik membolehkan pasukan Kelab Robotik Sekolah Kebangsaan (SK) St. John 1 menjuarai Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Zon E (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya) hari ini.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka menempah tiket ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan di Perlis selama tiga hari bermula 10 Ogos ini.

Pertandingan peringkat akhir akan menyaksikan pasukan tersebut berentap dengan juara dari zon-zon lain untuk mewakili Malaysia dalam World Robot Olympiad (WRO) 2009 di Korea pada November ini.

Guru penasihat kelab itu, Dasimah Mohd. Daud ketika ditemui berkata, SK St. John 1 memenangi pertandingan tersebut untuk peringkat sekolah menengah atas bagi kategori biasa dan tempat pertama dan kedua bagi kategori terbuka.

''Bagi kategori terbuka, konsep yang dikehendaki adalah robot seni. Pelajar telah menghasilkan I-Rat, angklung yang diintegrasi bersama aplikasi robot menggunakan bahan terbuang dan permainan Lego.

''Angklung ini boleh memainkan lima not muzik iaitu A, B, C, D dan E. Untuk peringkat akhir nanti, kita merancang untuk menambah lagi tiga not muzik yang baru," ujarnya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak.

Sementara itu, ketua pasukan itu, Syazman Irman Mohd. Ariffin, 16, berkata, pasukannya akan mengekalkan konsep yang sama pada pertandingan akhir tetapi akan menambah baik model sedia ada.

''I-Rat boleh berfungsi membaca not muzik untuk lagu Marry Had A Little Lamb berdasarkan bacaan pengimbas cahaya yang mengikut pergerakan tangan manusia menggunakan perisian NXT Brainstorming.

''Idea pembinaannya mengambil masa lebih kurang empat bulan setelah meninjau beberapa alat muzik yang dijual di Pasar Seni," katanya.

Letih cuci kereta, pelajar cipta robot

Letih cuci kereta, pelajar cipta robot
dipetik dari utusan malaysia

Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 3 Julai – Sering keletihan selepas membantu ibu mencuci kereta setiap minggu, tiga kanak-kanak berumur 11 tahun mencipta sebuah robot yang dikenali sebagai Buttler Bots bagi membantu mereka melakukan tugas itu.

Tiga murid Sekolah Rantau Petronas, Kerteh di Kemaman itu bukan sahaja berjaya mencipta robot yang mampu menyedut habuk tetapi juga berkebolehan mengering dan mengilat kereta.

Salah seorang daripada murid tersebut, Danial Imran Azmi berkata, idea mencipta robot itu tercetus apabila dia sering merasa letih selepas membantu mencuci kereta jenis Honda CRV milik ibunya.

‘‘Kereta itu sangat besar, jadi saya merasa penat selepas mencuci kereta ibu,” katanya selepas diumumkan sebagai juara kategori terbuka Pertandingan Robotik Kebangsaan 2007 peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Sekolah Menengah Padang Negara di sini semalam.

Tiga pelajar itu menewaskan enam lagi kumpulan termasuk peserta sekolah menengah dalam pertandingan tersebut dan mereka membawa pulang sijil dan satu set Lego pendidikan.

Ciptaan ketiga-tiga itu akan memasuki pertandingan akhir Pertandingan Robotik Kebangsaan 2007 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu di sini selama empat hari bermula 15 Julai ini.

Danial berkata, dia mencipta Buttler Bots dengan bantuan dua rakannya, Ali Imran Kamarull Ariffin dan Mohd. Iqbal Mukhlis Hazami Zamri dan dibantu oleh guru penasihat, Adham Shari Aman.

Katanya, mereka bertiga yang berasal dari Kampung Baru, Kerteh itu merupakan kawan baik sejak daripada kecil, berpakat untuk mencipta robot yang terdiri daripada 50 peratus Lego pendidikan.

Beliau menambah, selain daripada lego pendidikan, mereka menggunakan barangan yang terpakai seperti sepan untuk mengilat dan fiber mikro untuk menyedut habuk.

“Dengan terciptanya robot ini, saya tidak perlu khuatir lagi apabila diminta oleh ibu untuk mencuci keretanya, bila-bila masa pun boleh,” katanya tersenyum.

Daniel berkata, bagi memasuki pertandingan akhir, mereka bertiga akan meningkatkan keupayaan Buttler Bots yang kini beroperasi secara manual kepada automatik sepenuhnya.

“Kami berharap Buttler Bots akan menjadi juara dalam peringkat akhir pertandingan ini nanti,” katany

LAWATAN MENYOKONG PASUKAN ROBOTIK SMK CONVENT KE PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Pelajar yang berminat, sila hantar nama kepada Saudari Feline 4ST atau emailkan kepada saya SEGERA.

www.cikguhairul.edu.my
cikgu.hairul@yahoo.com